السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kerja-Kerja Binaan Terkini :
Kerja² pemasangan tingkap, pintu, tiles bilik guru, tandas, bilik mandi, kolah, kaki lima dan kerja wiring lampu di semua ruang.
Kerja-Kerja Binaan Terkini :
1) Pemasangan lantai & tiles ruang asrama dan kelas di tingkat 2.
2) Kerja melantai tingkat 3 (keluasan 2800sqft) dan memasang pelapik lantai getah (untuk aktiviti riadhah dan pelbagai kegunaan/program).
3) Pembinaan tangga 2 unit di tingkat 2 dan pemasangan grill.
Pembinaan Fasa Akhir :
1) Pemasangan owning tingkat 2 & 3.
2) Pemasangan jaring bahagian atas dan sekeliling bangunan tingkat 3.
3) Kerja mengecat keseluruhan bangunan.
Justeru itu :
Kami memerlukan seramai 2000 orang/lot yang berwakaf sebanyak RM50.00, atau seikhlas hati.
جزاكم الله خيرا جزاء
Tahfiz Mutqan Padang Jawa, Shah Alam memerlukan dana sumbangan orang ramai serta organisasi swasta dan kerajaan bagi memastikan kelancaran pembinaan bagi menampung kemasukan para pelajar Tahfiz.
DANA WAQAF PEMBANGUNAN
Gambar-gambar perkembangan pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa 2023.
.
.
Dana keseluruhan yang diperlukan sebanyak RM23,000.
Sumbangan juga boleh dilakukan melalui pembayaran zakat kerana Tahfiz Mutqan ialah Penolong Amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (Sila hubungi Ustaz Husni untuk sumbangan melalui zakat di 019-2738581)
.
Semoga sumbangan anda untuk memberikan keselesaan kepada para pelajar Tahfiz Mutqan diterima oleh Allah sebagai Amal Jariah.
Berdaftar dengan JAIS.
Kini hanya menempatkan pelajar perempuan (Banat) kerana binaan untuk pelajar lelaki (Banin) belum siap sepenuhnya.
BANGUNAN TAHFIZ MUTQAN PADANG JAWA 2022
GERAK KERJA DI TINGKAT 2 BANGUNAN TAHFIZ, MENYUSUN BATA UNTUK PEMBAHAGIAN DEWAN UTAMA, ASRAMA PELAJAR, KELAS PENGAJIAN DAN BILIK WARDEN.
TANGGA DARIPADA TINGKAT 2 KE TINGKAT 3 TELAH SIAP.
PEMBINAAN DINDING PEMISAH DI TINGKAT 2.
Gambar Terkini (Oktober 2021)
Pembinaan Tahfiz Mutqan, Padang Jawa dimulakan pada tahun 2018 di atas tanah wakaf.
2018 - Peringkat Awal Pembinaan Tapak Tahfiz Mutqan Padang Jawa
Pembinaan Tahfiz Mutqan adalah dengan menggunakan dana sumbangan berterusan orang ramai dan sebahagian lagi daripada hasil kutipan zakat.
2019 - Struktur Bangunan Tahfiz Mutqan Yang Berjaya Didirikan
Ustaz Husni Zaim (berbaju hijau di dalam gambar di atas) merupakan tonggak utama yang merancang pembinaan Tahfiz dan juga bertindak sebagai penggerak utama bagi mendapatkan dana untuk pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa ini.
Gambar-gambar perkembangan pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa Pada Tahun 2020.
Mac 2020 - Menyiapkan Koridor, Dinding, Pintu dan Tingkap.
Julai 2020 - Menyiapkan Tangga Ke Tingkat 1 dan Memulakan Pembinaan Tapak Tambahan Bangunan Tahfiz
Tahfiz Mutqan Padang Jawa, Shah Alam tidak dapat disiapkan seperti perancangan (iaitu pada tahun 2021) kerana kekurangan dana dan juga dipengaruhi oleh peraturan kawalan pergerakan akibat daripada wabak Covid-19.
Gambar-gambar perkembangan pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa Pada Tahun 2021.
April 2021 - Meneruskan Kerja-kerja Pembinaan Kerangka Lantai Tingkat 2
Jun 2021 - Kerja-kerja Pembinaan Lantai Tingkat 2 Berjaya Disiapkan
Jun 2021 - Kerja-kerja Menyiapkan Lantai dan Partition Tingkat Bawah
Julai 2021 - Kerja-kerja Lantai Bahagian Luar Bangunan dan Menyiapkan Tandas
Ogos 2021 - Menyiapkan Tembok Koridor Tingkat 1 & 2 Bangunan Tahfiz
September 2021 - Menyiapkan Plaster Simen Untuk Tembok Koridor Tingkat 1 & 2 Bangunan Tahfiz
Walau sekecil mana pun sumbangan anda, ianya memberikan makna yang cukup besar untuk kami serta para pelajar dan guru Tahfiz Mutqan Padang Jawa.
Pilih untuk melakukan sumbangan serendah RM10 atau mengikut kemampuan anda.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Terima kasih di atas sumbangan anda yang bakal menjadi bekal ke syurga, Aameen Ya Rabbal Aalameen.
________________________________________________________________________
PENDAFTARAN MUTQAN 2024
Sila ikuti perkembangan terkini pembinaan dan aktiviti-aktiviti Tahfiz Mutqan Padang Jawa di Web Rasmi & Fb Page (klik link di bawah):
mymutqan.com
https://www.facebook.com/mutqanpadangjawa
mymutqan.com
https://www.facebook.com/mutqanpadangjawa