Binaan seterusnya sedang berlangsung (Update Mac 2023).
Alhamdulillah Syukur kepada Allah.

Antara barang binaan tersebut ialah peralatan cat dan mozek yang akan di pasang di tingkat 1 bangunan.



Berikut adalah kawasan yang perlu di naik taraf.

Peralatan dan bahan binaan yang mencukupi akan memudahkan projek binaan untuk di siapkan.
Jom teruskan menyumbang untuk bekalan akhirat.

Tapak projek sebelum siap,
.jpg)
.jpg)
Projek selesai, Alhamdulillah.
.jpg)
Terima Kasih para penderma, Semoga Allah SWT membalas setiap sen yang di sumbangkan untuk keselesaan pelajar tahfiz.
"Update Projek Dis 2022 - Jan 2023"



Kerja-kerja pemasangan tiles ruang asrama, surau, kelas, ruang aktiviti dan depan asrama telah disiapkan.
Kasihan melihat pelajar tahfiz belajar dalam keadaan tidak selesa.
Lantai di tingkat bawah yang rosak semakin teruk dan mulai pecah-pecah. Sangat tidak selesa dan boleh mengundang bahaya kepada para pelajar dan pengajar.
Pihak pengurusan Tahfiz Mutqan membuat keputusan untuk menggantikan lantai yang rosak dengan lantai mozek/tiles.
Tiles akan dipasang meliputi kawasan kelas pengajian, surau, bilik asrama, ruang legar dan stor.

.

.

Dana keseluruhan yang diperlukan sebanyak RM23,000.
Status sumbangan sehingga 28.12.2022:
Diterima: RM11,652 (Sebahagian telah digunakan untuk membeli barang dan upah pemasangan mozek/tiles)
BAKI Diperlukan : RM11,348
Sumbangan juga boleh dilakukan melalui pembayaran zakat kerana Tahfiz Mutqan ialah Penolong Amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (Sila hubungi Ustaz Husni untuk sumbangan melalui zakat di 019-2738581)
.
Semoga sumbangan anda untuk memberikan keselesaan kepada para pelajar Tahfiz Mutqan diterima oleh Allah sebagai Amal Jariah.

Berdaftar dengan JAIS.
Kini hanya menempatkan pelajar perempuan (Banat) kerana binaan untuk pelajar lelaki (Banin) belum siap sepenuhnya.


BANGUNAN TAHFIZ MUTQAN PADANG JAWA (FEBRUARI 2022)




GERAK KERJA DI TINGKAT 2 BANGUNAN TAHFIZ, MENYUSUN BATA UNTUK PEMBAHAGIAN DEWAN UTAMA, ASRAMA PELAJAR, KELAS PENGAJIAN DAN BILIK WARDEN.


TANGGA DARIPADA TINGKAT 2 KE TINGKAT 3 TELAH SIAP.


PEMBINAAN DINDING PEMISAH DI TINGKAT 2.
Gambar Terkini (Oktober 2021)Pembinaan Tahfiz Mutqan, Padang Jawa dimulakan pada tahun 2018 di atas tanah wakaf.
2018 - Peringkat Awal Pembinaan Tapak Tahfiz Mutqan Padang JawaPembinaan Tahfiz Mutqan adalah dengan menggunakan dana sumbangan berterusan orang ramai dan sebahagian lagi daripada hasil kutipan zakat.


2019 - Struktur Bangunan Tahfiz Mutqan Yang Berjaya Didirikan
Ustaz Husni Zaim (berbaju hijau di dalam gambar di atas) merupakan tonggak utama yang merancang pembinaan Tahfiz dan juga bertindak sebagai penggerak utama bagi mendapatkan dana untuk pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa ini.
Gambar-gambar perkembangan pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa Pada Tahun 2020.


Mac 2020 - Menyiapkan Koridor, Dinding, Pintu dan Tingkap.


Julai 2020 - Menyiapkan Tangga Ke Tingkat 1 dan Memulakan Pembinaan Tapak Tambahan Bangunan Tahfiz
Tahfiz Mutqan Padang Jawa, Shah Alam tidak dapat disiapkan seperti perancangan (iaitu pada tahun 2021) kerana kekurangan dana dan juga dipengaruhi oleh peraturan kawalan pergerakan akibat daripada wabak Covid-19.
Gambar-gambar perkembangan pembinaan Tahfiz Mutqan Padang Jawa Pada Tahun 2021.


April 2021 - Meneruskan Kerja-kerja Pembinaan Kerangka Lantai Tingkat 2

.jpg)
Jun 2021 - Kerja-kerja Pembinaan Lantai Tingkat 2 Berjaya Disiapkan


Jun 2021 - Kerja-kerja Menyiapkan Lantai dan Partition Tingkat Bawah


Julai 2021 - Kerja-kerja Lantai Bahagian Luar Bangunan dan Menyiapkan Tandas


Ogos 2021 - Menyiapkan Tembok Koridor Tingkat 1 & 2 Bangunan Tahfiz


September 2021 - Menyiapkan Plaster Simen Untuk Tembok Koridor Tingkat 1 & 2 Bangunan Tahfiz
Tahfiz Mutqan Padang Jawa, Shah Alam masih memerlukan dana sumbangan orang ramai serta organisasi swasta dan kerajaan bagi memastikan kelancaran pembinaan bagi menampung kemasukan para pelajar Tahfiz.
Walau sekecil mana pun sumbangan anda, ianya memberikan makna yang cukup besar untuk kami serta para pelajar dan guru Tahfiz Mutqan Padang Jawa.
Pilih untuk melakukan sumbangan serendah RM10 atau mengikut kemampuan anda.

Terima kasih di atas sumbangan anda yang bakal menjadi bekal ke syurga, Aameen Ya Rabbal Aalameen.
Sila ikuti perkembangan terkini pembinaan dan aktiviti-aktiviti Tahfiz Mutqan Padang Jawa di Fb Page (klik link di bawah):
https://www.facebook.com/mutqanpadangjawa
https://www.facebook.com/mutqanpadangjawa